Thursday, 28 March 2013

hutang

assalamualaikum.
manusia mudah lupa. 
here bebeh.

Hukum Dan Balasan Orang Yang Tidak Membayar Hutang

Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :

-Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.-
-Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan   Allah.
-Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
-Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.
-Amal ibadat dan kebajikannya tidak diterima

Dalam Islam, berhutang memang dibolehkan. Islam memberi galakan kepada umatnya, agar memberi bantuan kepada saudara-saudaranya. Persoalannya sekarang ialah, sebahagian orang Islam sengaja melambat-lambatkan membayar hutang apabila tiba waktu hendak membayarnya. Berbagai-bagai alasan akan diberikan untuk mengelak atau menangguhkan pembayaran hutang tersebut. Sesungguhnya melambat-lambatkan bayaran hutang, amatlah besar sekali akibatnya dalam kehidupan manusia, bukan sahaja di dunia, bahkan juga di akhirat.


Orang yang mampu membayar hutang, tetapi tidak berbuat demikian semasa hidupnya dikira telah melakukan dosa besar. Kerana hutang inilah orang-orang yang mati syahid sekalipun tidak dapat memasuki syurga sebaliknya hanya berada di pintunya sahaja. Rasulullah S.A.W .menjelaskan orang yang tidak membayar hutang doanya tidak diperkenankan oleh Allah S.W.T. Nabi S.A.W. sendiri tidak menunaikan solat jenazah ke atas sesuatu jenazah jika didapati ia ada hutang yang belum dijelaskan.


"Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah di hari Hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi.”

okey
aku dah penat dgn perangai manusia ni
hutang tak nak dibayar
even 30 sen..

manusia manusia...
tak takut hukum Allah ke?
duit tak bawak mati lahhh
tpi hutang dibawa mati!

deep in my heart, aku selalu doa korg byr hutang.
tak kisahlah benda tu kau rela ke x.
mmg la kau x nmpak kesannya sekarang, akhirat nanti??
tak takutt??
drpd kau guna duit tu buat beli rokok, berhibur sana sini,
baik kau buat bayar hutang.
ringan sikit azab kat akhirat nanti.



 















 

No comments:

Post a Comment